بسم الله الرحمان الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله
Nama diberi Yusra Ilyani binti Faridzul Izan
Pelajar tahun 3, Fakulti Adab dan Sains Kemanusiaan, Pengajian Islam ( Syariah)
di Universiti Hasan II, Mohammedia, Morocco.
Sedang menyiapkan tesis, bertajuk فقه إرث ذوي الأرحام.
Doakan semoga semuanya berjalan lancar,
sementara berbaki lagi 1 sem ini.
~Bercita-cita menjadi seorang pendidik di sekolah lama, dalam sesi pembelajaran dan pendidikan dalam bahasa arab serta beberapa subjek agama, Matematikjuga boleh, tapi subjek PMR sahaja.
~Ingin berbakti kepada mereka yang
meminta bimbingan ke arah jalan yang satu. Incha Allah.
~Juga bercita-cita memiliki sebuah perniagaan kecil
berasaskan media, bidang fotografi, videografi
beserta editan yang terlibat. Kesemua ini berasaskan Islam Agamaku.
~Minat yang mendalam dalam bidang muzikal islami, terutamanya
gendang, kongga dan seangkatan dengannya, juga bercita-cita menubuhkan
satu kumpulan kecil, nasyid akhawat di belakang tabir. Tapi belum begitu mahir.
Sesiapa yang berminat, mai lah join saya, dan saling mendalami bersama. Hehe . Incha allah.
Tujuan blog ditubuhkan adalah untuk menggerakkan
medium ini sebagai wasilah dakwah terhadap pembaca yang sudi
menerjah ke laman ini. Nama pautan yang diberikan (DANNY), adalah gabungan nama kami yang bertebaran melata meneguk ilmu Allah di muka bumi ini.Mesir, Malaysia, dan Maghribi.
Antara 'post' yang bakal kami sajikan adalah berkenaan pengisian
sepanjang kehidupan dan juga pengalaman serta hasil dapatan di sepanjang pengembaraan di luar negara.
Incha Allah, jika berkesempatan, di suatu masa nanti akan kami
terbitkan sebuah majalah islami, di bawah penerbitan kami. Mohon doa semua~
Akhir kata, selamat datang sekali lagi saya ucapkan, terima kasih.

